KITA10
SAMBUNGAN
Kini tinggal sehari lagi tarikh untuk aku
dan rakan-rakan untuk bertolak ke Jepun. Barang barang semua aku dah pack. Excited?
Yes,of course aku excited.
“Syira jom
turun makan, syaf dah siapkan,” ajak Nik.
Seminggu yang lalu aku telah berpindah ke rumah sewa rakan- rakan ku
memandangkan hanya beberapa hari lagi untuk aku bertolak ke Jepun.
“Hmm esok
kita nak bertolak pukul berapa?” tanya aku ketika kami sedang makan.
“Flight
pukul 12 kan? So aku rasa better kita gerak pukul 10,” cadang Abby.
“ok” jawab
kami serentak.
Alhamdulillah kami selamat sampai di
Jepun. Kami tiba di Osaka Airport dan terus bertolak Kyoto. Sampai je dekat
Osaka Airport kami terus serbu kaunter pertanyaan dan wajib bagi kami untuk
ambil peta kerana kami tidak memilih untuk menggunakan perkhidmatan pemandu pelancong.
“Wey please tampar aku! Betul ke kita kat Jepun ni…auchhh sakit gila kau tampar Syira?!??!”
“Tadi suruh tampar, bila tampar marah pula” jawabku selamba.
Teringat pula peristiwa ketika di
sekolah menengah dahulu, di mana ketika itu Abby dengan rela hati menyerah diri
untuk di cubit oleh aku hanya kerana dia ternampak ‘crush’nya.
Maklumlah zaman jahilliyah, cakap aje nak tundukkan pandangan tapi bila ‘crush’ lalu terus mendongak ke langit.
Maklumlah zaman jahilliyah, cakap aje nak tundukkan pandangan tapi bila ‘crush’ lalu terus mendongak ke langit.
“Dahlah tu”
kata Anee sambil mengelek map di tangan.
Aku memang tak join lah kalau nak cari
jalan ni. kalau bab macam tu Abby, Ane, Syaf dan Pani memang pro la. So, aku
dengan yang lain pon memang selfie habis-habisan. Ada gambar dengan
pokok,kucing dan macam-macam lagi. Daun pun jadilah….
Kami ni boleh dikatakan backpackers jugak
la sebab kos untuk pengembaraan ini tidak terlalu tinggi.
Hari pertama kami di Jepun amat memenatkan jadi kami memilih untuk tidak
kemana-mana. Waktu malam di Jepun memang sejuk, baju sejuk memang tak tinggal
walaupun dalam rumah.
Selesai makan malam, kami duduk berkumpul
diruang tamu.
“Syaf,
kitorang tahu kau baru putus tunang. Harap kau dapat bersabar ye. Setiap dugaan
datangnya daripada Allah. Allah itu maha adil sebab tula dia selitkan hikmah
pada setiap dugaan dan cabaran yang diberi.”
“Ye aku tahu
tu……tula aku pon dah tak mahu fikir lagi pasal lelaki ni dan nikah kahwin ni
semua aku nak tolak tepi. Trauma aku dengan peristiwa dulu.” Balas Syaf dengan
tenang.
“Habistu
bila kau nak kahwin?” tanyaku dalam nada seloroh.
“Tunggu aku
jadi jutawan macam Dato’ Vida baru kahwin”
Bergegar
homestay kami dangan riuh tawa kami.
Hari kedua kami di Jepun terisi dengan
aktiviti menjelajah tempat-tempat di sekitar Kyoto seperti NIJO CASTLE, TERAMACHI STREET, BAMBOO FOREST, KIYOMIZU-DERA TEMPLE
dan GION STREET dengan hanya menaiki basikal yang kami sewa satu seorang pada
hari pertama.
enjoy reading yeah!!!!!!!!!




Ulasan
Catat Ulasan