KITA 7
ENJOY READING :)
SAMBUNGAN
Pagiku dimulai dengan bismillah.
Harini aku pergi kerja dengan lega setelah melepaskan semua lelah ku pada
Nurin. Aku menyanyi riang sambil memandu. Bunyi yang menandakan mesej masuk
buat aku mengeluh berat sebab aku dah tahu dah
sapa yang mesej aku . sapa lagi kalau bukan si JKT. Sejak daripada
peristiwa tu dia la yang asyik dok call aku dan mesej. Aku memang tak pernah reply mesej dia.
“hai,Kak Umi!”sergahku. “ehh Syira ni
terkejut akak, pergi mana lama tak nampak?” tanya dia sambil menarik kerusi
untuk duduk. “ adalah rahsia” jawabku sambil kening ku jungkitkan sebelah.
“hmmm yela tu rahsia ke ataupun orang tu merajuk dengan kekasih hati? Ingat
akak tak tahu ke?” balas kak Umi. Segera ku menepis tuduhannya padahal memang
betul pon. “mana ada Kak umi ni pandai-pandai sahaja kan?” balasku pula. “ yeke
kalau macam tu kenapa En. Zarief kalau nak datang office dia call akak tanya
Syira datang ke tak?” kata-kata Kak Umi membuatkan perasaan ingin tahuku
membuak-buak. “then?” “kalau akak cakap Syira tak ada En.Zarief pon tak datang
sama” katanya. “ So, that mean dia dah 2 hari lah tak datang?” tanyaku sambil
membetulkan dudukku. “yup” balas kak Umi seraya bangkit dari kerusi dan
melambaikan tangan kepadaku ,menandakan dia ingin kembali ke mejanya.
Sedang asyik aku siapkan kerja
tiba-tiba satu ketukan pintu telah mengejutkan ku. ‘Sapa pulak lah ni’
monologku sambil melepaskan keluhan. Aku terkejut serta merta bangkit dari
kerusi untuk berdiri. “Ye, En.Zarief ada apa yang boleh saya bantu?” kata dengan
gugup. “Masuk bilik saya sekarang!” aku hanya mengangguk dan mengikutinya ke
biliknya.
“Syira awak pergi mana 2 hari ni?
holiday ke?” soalnya sambil memandang tepat kearah ku. “Saya tak pergi mana
pun, ada je di rumah” jawabku tanpa memandang kearahnya. “Syira please saya
minta maaf”pintanya. “En. Zarief tak payah minta maaf sebab Encik tak pernah
buat salahpun,kalau tak ada apa saya keluar dulu” aku berlalu tanpa pamitan
memang perbuatan itu sangat biadap tapi aku tak suka kaitkan peribadi dengan kerja.
Aku sambung kerja sampai lunch. Tittttttttttttt………………..
JKT
: Syira kita lunch sama boleh?
syira : Okay dekat mana?
JKT
: tunggu saya dekat parking lot. Naik kereta saya.
Aku berfikir sama ada nak naik kereta
dia ke kereta aku……..
JKT
: Okay tak?
Syira
: Okay
Seperti yang dijanjikan aku tunggu dia
di parking lot dan aku berdiri betul-betul depan kereta dia. Lambatnya mamat
ni, tadi waktu aku nak turun aku tengok dia tengah buat kerja so tak nak lah
kacau sebab muka dia serius gila….
“Sorry saya lambat” suaranya memecah
lamunanku. Kami makan di sebuah restoran western di Kajang. Hmmm dah dekatni
dengan rumah parent aku ni.
“Syira rumah parent awak dekat KAJANGkan?Lepas lunch ni jom kita singgah” aku yang baru nak makan ni terus
ternganga. “La… kenapa? terkejut? Saya serius tau lepas makan ni kita singgah”
“kenapa pula?” tanyaku serius “Apasalahnya lagipon parent awak kan dah kenal
saya” “takpayah la” kataku cuba menghalangnya. “Pleaselah En. Zarief tolong lah
anggap awak tak kenal keluarga saya dan hubungan kita tak lebih daripada
seorang pekerja dan bos tu je saya minta” rayuku. “Syira maafkanlah saya, saya
tahu saya terlampau mendesak awak” kata dia dalam kesal. “Kan saya dah cakap
Encik tak salah apa pun dengan saya cuma saya yang salah” aku berjeda seketika
“Dah la Encik Zarief saya dah banyak buat dosa saya tak nak tambah lagi dosa
saya sebab keluar dengan Encik dan saya rasa kita pun dah habis makan so boleh
lah kita balik office kan?” kata-kata ku hanya disambut dengan anggukan dan
sedikit keluhan.
Sejak daripada pertemuan tu aku dan
Encik Zarief dah tak pernah berjumpa dah
kalau berjumpa pun dekat office. Tapi sempat juga aku curi pandang muka dia,
nampak macam tak bermaya langsung.
Pagi-pagi lagi rumah sewa aku dah bising. Memandangkan
Nurin harini tak kerja so dialah yang kena sediakan breakfast. Aku dengan Nurin awal-awal lagi dah bangun
sebab kami tidur awal tapi si Abby,Ain,Athirah dan Farisya lah yang memang tak
reti nak tidur awal. Mereka bukan kaki melepak atau keluar malam, cuma mereka ni
workholic yang suka bawa kerja balik rumah. Aku dah habis makan barulah mereka
turun. “Bye korang aku pergi dulu” kataku sambil melambaikan tangan. “bye”
serentak mereka menjawab sambil membalas lambaianku.
“amboi bernyanyian Syira” sergah kak Umi dari
belakang semasa aku sedang basuh cawan.
“Kak Umi ni suka la buat saya
terkejut” aku segera ke meja yang tersedia di pantry.
Seorang ibu yang berusia tiga puluhan
ini hanya tersenyum. “Syira akak risau la
tengok En. Zarief tu” katanya.
“Apa yang akak nak risaukan ? saya
tengok dia tu okay je, tak ada masalah pun” beritahuku pada kak Umi.
“takkanlah Syira tak nampak muka dia
macam mana? Korang gaduh ke?”
“Ohhh, maksud akak muka dia yang macam
tertelan bola tu?” sengaja aku membiarkan soalan Kak Umi tergantung.
“yela, ehhh dah pukul 8:30 pagi la bye
akak nak buat kerja”
“k, bye”
Dalam perjalanan untuk ke bilikku aku
terlanggar En. Zarief.
“maafkan saya En. Zarief saya tak
sengaja” pintaku supaya di memaafkanku.
“takpe” balasnya dan berlalu tanpa
mengukirkan secebis senyuman. Aku disitu masih terpinga-pinga dan akhirnya ke
bilikku.
Apalah masalah dia ? susah sangat nak
senyum? Tau tak banyak fadhilat bila kita senyum. Aku terus saja mencapai
telefon ku dan menyatakan sesuatu di dalam group #friendship gurlz.
Syira : Assalamualaikum ahli
fsg(friendship gurlz) sekalian korang buat apa?
Fat
: wassalam kerja la woi!!!!
Syira : tak kerja ke?
Fat
: shif malam
Syira :ohhh, wey ko tau tak bos aku ni
apa kena tah dia tadi dia tak senyum pon
Fat
: biasalah bos kita ni kuli je
Syira : tak biasa dia memang suka
senyum tah la harini tetiba bad mood
Jiha
: bagi bos kau baca artikel ni
senyum yang tulus, datang dari hati yang tulus. Suatu senyum
yang ikhlas dan menceriakan adalah suatu ibadah. Senyum terjadi hanya sekejap,
tetapi kenangannya kadang berlangsung selamanya. Tersenyumlah! kerana senyum
itu tidak mahal. Hanya perlu sedetik untuk mengubah bentuk bibir menjadi
senyum. Dan hanya memerlukan tujuh saat mempertahankan sebuah senyum untuk
kelihatan sebagai ungkapan ketulusan hati.
1. Senyum Membuat Anda Lebih Menarik
Orang yang tersenyum memiliki daya tarik tersendiri. Orang yang suka tersenyum membuat perasaan orang disekitarnya selesa senang dan tenang. Orang yang selalu merungut, cemburu, mengerutkan kening membuat orang-orang disekeliling tidak selesa. Pastikan orang yang banyak tersenyum memiliki banyak teman.
2. Senyum Tukar Perasaan
Jika anda sedang bersedih, cubalah tersenyum. Senyuman akan membuat perasaan menjadi lebih baik. Menurut kajian, senyum boleh memperdayai tubuh sehingga perasaan berubah.
3. Senyum Menular
Ketika seseorang tersenyum, ia akan membuat suasana menjadi lebih riang. Orang disekitar anda pasti akan ikut tersenyum dan merasa lebih bahagia.
4. Senyum Menghilangkan Stres
Stress boleh kelihatan di wajah. Senyuman boleh menghilangkan mimik lelah, bosan, dan sedih. Ketika anda stres, ambil masa untuk tersenyum. Senyuman akan mengurangkan stres dan membuat fikiran lebih jernih dan tenang.
5. Senyum Meningkatkan Imunitas
Senyum membuat sistem imun tubuh bekerja lebih baik. Fungsi imun tubuh bekerja maksimum ketika seseorang merasa rileks. Menurut kajian, flu dan batuk boleh hilang dengan senyum.
6. Senyum Menurunkan Tekanan Darah
Tidak percaya? Cuba anda mencatat tekanan darah ketika anda tidak tersenyum dan catat lagi tekanan darah saat anda tersenyum semasa diperiksa. Tekanan darah ketika anda tersenyum pasti lebih rendah.
7. Senyum Melepas Endorphin, Pemati Rasa Alamiah dan Serotonin
Senyum ibarat ubat alami. Senyum boleh menghasilkan endorphin, pemati rasa semulajadi dan serotonin. Ketiga-tiganya adalah hormon yang boleh mengawal rasa sakit.
8. Senyum Membuat Anda Awet Muda
Senyuman menggerakkan banyak otot. Akibatnya otot wajah terlatih sehingga anda tidak perlu melakukan face lift. Dengan banyak tersenyum anda akan kelihatan lebih awet muda.
9. Senyum Membuat anda Kelihatan Sukses
Orang yang tersenyum kelihatan lebih percaya diri, terkenal dan boleh dipercayai. Berikan senyum semasa mesyuarat atau bertemu dengan pelanggan. Pasti ramai orang akan melihat anda lebih baik.
10. Senyum Membuat Orang Berfikir Positif
Cuba lakukan ini: fikirkan hal buruk sambil tersenyum. Pasti susah. Kenapa? ketika anda tersenyum, tubuh menghantar isyarat "hidup adalah baik". Sehingga semasa anda tersenyum, tubuh menerimanya sebagai anugerah yang terbaik.
Senyum mencipta kebahagiaan di sekitar kita, Senyum adalah ketenangan bagi kegelisahan, keceriaan bagi yang kecil hati dan kegembiraan bagi yang sedih.

Syira : ehhh
Jihah k bye korang assalamualaikum.
Aku segera
menutup telefon dan menyambung kerja. Terasa sunyi pula bila En. Zarief berubah
kalau tidak dulu dia yang selalu panggil aku tapi sekarang hmmmmmmmm tahla.
Memandangkan hari
ini banyak kerja so aku decide untuk ikat perut.
“Syira!!!!!!”
jeritan kak Umi membuatkan kuterus bergegas di mana kak Umi berada iaitu di
dalam bilik En. Zarief. Sebaik sahaja ku masuk di dalam bilik En. Zarief aku terus tergamam kerana
melihat En. Zarief pengsan di atas sofa .
“macam mana ni
Syira? Dah la kita dua je yang tinggal” kata kak Umi dengan gelisah.
Aku decide untuk
panggil pengawal tolong angkat En. Zarief. Laju sahaja tangan kak Umi menekan
intercom sebaik sahaja menerima arahan daripada ku. Aku pula terus turun
kebawah untuk menyediakan kereta.
Kami memulakan
perjalanan ke hospital yang terdekat iaitu KPJ Damansara. “Kak Umi boleh tolong
tak? Ambil fon saya tolong call Ane” arahku tanpa menunggu balasan daripada Kak
Umi. Laju saja kak Umi membuat kerja. Patutlah menang anugerah pekerja terbaik.
Kak Umi
menghulurkan telefon kepada ku. Aku menyambut hulurannya dengan senyuman.
Syira :
Assalamualaikum Ane, busy tak?
Ane : tak nape?
Syira : rawat kawan aku bole? Aku on the way ni
Ane : okay just requests je nanti kat kaunter
Aku meletakkan
telefon tanpa menutup bicara.
Setelah selesai
semuanya, En. Zarief terpaksa ditahan untuk dimasukan ke dalam wad sementara
menunggu dia untuk sedarkan diri.
“Syira” panggil
Ane atau lebih dikenali sebagai Dr. Aneesa. “yes, doc” jawabku sambil memandang
Ane. Dia nampak sangat bergaya ketika memakai labcoat dan stateskopnya
tergantung di leher.
“Sejak bila geng
FSG ada kawan lelaki?” ahli fsg memang tak ada yang kawan dengan lelaki bukan
tak kawan langsung, ada tapi tak rapat tapi ikhtilat kan kene jaga.
“tak la tu bos
aku, so apa masalah dia?” dalih ku tapi memang betul pun.
“dia stress,
tekanan darah dia tinggi” jawapan Ane sangat membuatkan aku terkedu. Adakah aku
yang menyebabkan dia jadi macam ni? tak mungkin kot , mungkin dia ada masalah
lain.
“kau pergi tak
reunion FSG?” “ohh reunion tu, pergi mestilah kena pergi nak lengkapkan ahli
FSG n dengar cerita Syaf dengan Fat pon turun sini kan ?” tanya ku. “haah,
diorang siap cuti lagi tau kau dah apply cuti?” belum sempat ku menjawab
seorang nurse mendekati kami memberitahu bahawa En. Zarief sudah sedar. Kami pun
bergegas ke wadnya.
“Syira” panggil
En. Zarief. “En. Zarief kenapa la dengan awak ni kalau betul pun stress sangat
jaga la juga kesihatan awak tu” bebelku.
“Syira saya sakit
sebab awak tau”
“apahal pula
sebab saya” pelik. Kenapa aku pula kena tuduh.
“Sebab awak tolak
saya, Syira saya minta maaf please ok lepas ni saya janji saya takkan
paksa-paksa awak lagi”
Apa kena la
dengan dia ni bukan haritu dah cakap ke tapi haritu aku buat keputusan kan
sebab terpaksa. Apa aku nak jawab ni? apa jaminan kalau aku terima dia? Dia boleh
bahagiakan aku ke?
“Syira awak
terima ye?” katanya membuatkan aku terjaga dari lamunanku
Dengan sehela nafas
aku menjawab “ya saya terima”
NANTIKAN KITA 8 YA GUYS!!!!!!!!!!

Setuju. Itu yang Rawlins ingatkan pada adik-adik perempuan Rawlins. Marriage tak menjanjikan kestabilan maka better kerja agar tidak terlalu bergantung pada orang lain.
BalasPadam