#KITA8

ENJOY READING!!!!!!!!!!!!!

SAMBUNGAN

Apa aku dah buat ni? Kenapa aku setuju?

“Syira” panggil JKT menyedarkanku daripada mengelamun.

“ya, kenapa?”

“hmmm saya plan esok nak bawa awak jumpa mama saya and kita terus nikah tak payah bertunang , okay tak?”

“apa awak merepek ni? Awak tahukan kita ni ada adat? So kenalah ikut adat” jawab ku sambil memandangnya

“adat tu tak penting tahu tak?” dia tetap nak pertahankan pendapat dia tu. Apa kena lah dengan dia ni dah tak sabar sangat nak kahwin ke?

“awak saya pun nak rasa macam mana bertunang dan ada tunang” luahku

“ala, tengoklah macam mana”

eh tadi bukan awak dah janji tak nak paksa saya ke?” Tanya ku sambil menjongketkan kening.

“ataupun kit…” belum sempat aku menghabiskan kata kata ku dia sudah memotong

“okay kita bertunang” katanya dengan muka serius.
Baru test sikit dah cuak.


JKT disahkan oleh doctor boleh pulang ke rumah dan aku yang kena hantar dia.. Kak Umi dah  balik sebaik sahaja dia sedar.

“awak rumah awak dekat mana?” Tanya ku sambil menolongnya memasukkan 
beberapa barangnya.

“bagi kunci kereta” arahnya. Pantas aku menghulurkan kunci keretaku kepadanya tanpa banyak soal.

“biar saya drive” katanya lagi.

“okay” aku hanya bersetuju dengan cadangannya sebab aku agak penat seharian di hospital.

Dalam perjalanan pulang ke rumah JKT aku hanya melelapkan mata.

“Syira bangun kita dah sampai” kejutnya. Namun aku tidak bangun dan akhirnya aku 
bangun pada kejutan yang kelima.

“susahnya  nak kejutkan awak ni” omelnya sendiri seraya keluar dari kereta. Aku hanya diam dan membontotinya. Namun langkahku terhenti seketika dan waktu itu langkahnya sudah berada di depan pintu.

“besarnya rumah dia….. ni istana ke rumah?” rumah yang persis istana itu membuatkan ku tergamam. Tanpa aku sedar rupanya dia berpatah balik 
menghampiriku.


“Syira kenapa ni cepatlah mama dah tunggu kita dekat dalam” beritahunya dan aku mengikuti langkahnya. Namun baru setapak kami melangkah aku sudah memanggilnya.

“awak”

“apelagi?” Tanya dia dengan geram.

“muka saya ada air liur tak?” soalku

“Syira sayang muka awak tu dah cantik dah, dah jom” katanya seraya menarik lenganku.


Aku disambut dengan baik sekali. Tak sangka kedatanganku diterima dengan baik. Sebenarnya ada sahaja orang kaya yang tidak mementingkan darjat.

Sebaik sahaja aku menjejakkan kaki didalam rumah JKT aku terus diterpa oleh ibunya.

“ni ke Syira tu?” Tanya mamanya sebaik sahaja aku menyalami dia.

“ye nilah my sweet heart , ma?” beritahu Zarief dan aku hanya malu tersipu-sipu. Siapa sahaja yang tak tersipu-sipu kalau di puji begitu kan?

“la kenapa berdiri depan pintu ni?,ajaklah tetamu kita masuk” sampuk Tan Sri Farid.

“jom lah masuk kita sambung borak dekat dalam”  Puan Sri Nur Janna memimpin tanganku ke ruang tamu.

Aku melabuhkan punggungku disebelah anak buah Zarief. Kedudukan anak buah Zarief diantara aku dan Zarief.

“Syira duduk mana sekarang?” Tanya Puan sri Nur Janna.

“saya duduk dekat Damansara. Duduk menyewa dengan kawan, auntie” sempat aku melirikkan mata kearah Zarief yang kelihatan sedang kusyuk bermain game dengan anak buahnya dengan menggunakan Ipad.

“la apa pulak panggil auntie ni panggil je mama. Haa rumah parent Syira dekat mana?”

“dekat Kajang”

Dalam seronok kami bersembang, azan maghrib berkumandang.

“Syira alang-alang dah azan awak solat dekat rumah saya jelah” cadang Zarief usai habis membaca doa selepas azan. Alamak macam mana ni? Aku tak selesalah,dengan baju yang tak bertukar dari pagi tadi.

“ha’ah Syira solat dekat sini je ye?” Tanya Puan Sri Jannah

Belum sempat aku menjawab, ada suara yang memberi salam.

“Assalamualaikum!! Mana bakal kakak ipar Iman??” seorang budak perempuan meluru masuk ke dalam rumah dan diikuti oleh Tan Sri Farid.

“Ya Allah, Iman terkejut kakak ipar Iman tau kalau perangai macam tu” tegur Puan Sri Jannah. Budak perempuan yang kelihatan berumur awal dua puluhan hanya tersengih.

“Ni hah kakak ipar Iman yang comel tu” beritahu Zarief sambil tekun bermain game.

“ohh nilah dia” Iman terus meluru kepada ku dan memelukku.

“hmmm dah-dah la tu Iman…. Pergi bawa kak Syira masuk bilik dan pinjamkan baju Iman” arah Puan Sri Jannah.

“ok ma” jawab Iman seraya menarik lenganku untuk ke tangga.
Kami solat berjemaah yang dipimpin oleh Zarief. Selepas solat, aku menolong Puan Sri Nur Jannah dan Iman memasak untuk makan malam manakala Tan Sri   Farid, Zarief dan anak buahnya duduk di ruang tamu.

“Kak, sejak bila kenal abang?” Tanya Iman seraya memotong bawang.

“hmmm sejak kerja dekat situlah” sebenarnya aku malu untuk berbicara tentang hal ini  di depan Puan Sri Nur Jannah.

“oooo abang sweet tak?” Tanya Iman lagi. Soalannya membuatkanku tergamam.

“Apalah Iman Tanya macam tu? Malulah kak Syira” aku hanya tergelak kecil sambil memotong kentang.

“Alaa…… Iman saja je, kalau akak nak tahu kan abang Zarief tu kayu tau” beritahu Iman dan aku hanya mampu tergelak.

“yeke?” Tanyaku.

Belum sempat Iman menjawab, Zarief sudah menyampuk.

“Dah tak payah layan sangat si Iman ni”

Selesai memasak, kami terus menghidang makanan di atas meja makan.

“banyaknya menu harini, selalu tak macam ni, kan Akim?” perli Tan Sri Farid. Akim merupakan anak buah Zarief.

“Amboi awak perli saya ke?” gurau Puan Sri Nur Jannah.

“Balik dulu auntie” kataku sambil menyalam Puan Sri Nur Jannah. Aku masih segan untuk memanggil Puan Sri Nur Jannah, mama kerana bagi aku biarlah aku menggunakan panggilan itu selepas aku dan Zarief mempunyai ikatan yang sah.

“Nanti kamu berdua bincanglah bila boleh mama pergi merisik Syira” aku hanya mengangguk.

“Kalau ada masa datanglah sini lagi ya” sampuk Tan Sri Farid.

“Insyallah” jawabku.
Jalan raya ketika ini amat lengang seperti hanya keretaku sahaja yang berada di atas jalan raya. Seram pun ada juga bila memandu waktu malam ni.

Baru saja menejak kaki di muka pintu, ada suara yang menyapa
“lambatnya balik” serentak 6 orang sekali. Semua mata tertumpu terhadapku.
“sekali sekala” hanya itu yang mampu ku jawab. Biasa lah workaholic mana tidur awal. Selepas itu aku terus mendaki tangga untuk ke bilik.

Sebelum aku tidur, aku menerima sebuah meseg daripada Zarief;

Zarief: esok boleh tak buatkan saya spaghetti carbonara?

Dan……aku hanya bluetick mesegnya. Malas nak layan….

Spaghetti carbonara…..macam mana nak buat? Aku ni bukannya tahu nak buat spaghetti carbonara tu……aduh….kalau tak buat, kesian pula. Nampaknya kena jumpa Abby ni….

Lantas aku bangun dan menapak kea rah pintu bilik Abby. Pintu ku kuak. Abby kelihatan terkejut.

“fuhhh kau rupanya aku ingatkan siapalah” katanya






NANTIKAN KITA 9 YA GUYS!!!!

Ulasan

Catatan Popular