KITA 11
Sambungan
Sedar atau
tidak sudah seminggu kami bermusafir di negeri matahari terbit ini. Syukur tak
terhingga kerana dapat juga menjejak kaki disini.
“ha!!!
Menungkan apa tu?” sergah Nik
“aku,
termenung? Kau ingat aku macam kau ke?” gurau aku tapi Nik memang seorang yang
kuat termenung pon lepastu bila orang sergah, dia melatah.
“he leh...
wey betul ke kau nak bertunang? Bukan apa aku ada dengar khabar angin
mengatakan”
“kau merepek
apa ni? Aku ni bercinta pon tak, dengan siapa pulak aku nak bertunang?”
“manalah aku
tahu kan aku cakap aku dengar khabar angin cakap” entah siapalah yang cakap
dengan dia.
“tulah
dengar lagi cakap angin tu, angin tu menipu je”
“korang
malam ni nak masak ke? Atau beli and makan kat rumah sebab kaki aku sakitlah”
kaki aku sakit akibat daripada berjalan sepanjang hari.
“aku okay je
mana-mana” jawab Syaf
“malas nak
masak” Pani pula
“beli jelah”
sahut Wani
“aku ngan
Abby pergi beli makanan” Anee menawarkan diri untuk membeli makanan
“okay” yang
lain bersuara.
Bab makanan
memang kami tak kisah dekat mana nak cari sebab dekat Jepun sekarang ni memang
dah banyak yang jual makanan halal, lagipon tempat kami menginap memang dekat
dengan Halal Food Centre.
“esok daah
nak balik, korang dah pack barang?” Fat bersuara
“dah”
“alaaa tak nak
balik.....” rengek Pani.
“siapa aja
yang nak balik????? Aku tak nak” Jiha pula.
“Aku nak
balik, aku dah rindu dengan abang aku ni...” Abby kan adik kesayangan...
“sebelum
balik aku nak singgah kedailah.. nak beli makanan Jepun” kata Wani.
“Kau ni tak
habis-habis dengn makanan kau tapi badan tak gemuk pon” bebel Jiha
“bukan
selalu dapat pergi jepun lepas tu makn makanan asli orang Jepun” balas Wani.
“rilex guys,
next trip ada lagi kan?” kata Syaf sambil menghabiskan makanannya.
“next trip ,
korea pula!” Ane dengan bersemangatnya....
“Huuu Rain
Oppa wait for me” aku juga tak ketinggalan.
First day
masuk kerja rasa bersemangat sangat. Nak jumpa kak Umi dan nak settle semua
kerja yang tertunggak.
“Kak Umi!”
dari jauh aku laungkan namanya.
“Ohhh hai
budak jepun dah balikkk” seloroh kak Umi sambil membancuh kopi.
“hahaha
banyak la jepunnya, Kak Umi nak hadiah tak?” tanya aku seraya mengangkat
kening ala-ala Ziana Zain.
“nakkk”
“kalau nak
jumpa saya kat bilik. Bye!”
“ni hadiah
untuk kak Umi jeke?”
“yep ni khas
untuk kak Umi tau”
“untuk Encik
Zarief tak ada ke?” soalan kak Umi memang tepat kene batang hidung aku.
“mmm tak”
memang tak la aku nak beli hadiah untuk dia lagipun aku memang tak ingat dia
masa dekat sana. Enjoy dengan Fsg je.
“tak akan
tak ada langsung” selidik Kak Umi lagi.
“alah kak
diaa tu kan kaya , setakat Jepun petik jari je dah sampai”
“yela syira”
sambut dia seraya menuju ke pintu untuk keluar dari bilikku.
Tit...
[Massage
from fsg]
FAT
Lunch sesama
jom?
SYAF
On
SYIRA
Kat mana? Rumahke?
ABBY
On
ANE
Rumhlah
QAI
On
WANI
Harini ak
fat,jihah and Syaf tau yang masak
JIHAH
Nantikan masakan
kitoraang....heheh
Aku terus
mendongak apabila pintu dikuak.
Muka en.
Zarief terpancul, aku terus berdiri.
“ada apa
bos?”
Soalan aku
dibiar sepi kemudian dia berjalan ke arah meja aku.
“seronok
pergi Jepun?”
“seronok”
dia sekadar menangguk apabila menerima balasan daripada aku.
“jom lunch” ajak
encik Zarief.
“tak boleh
saya dah janji dengan kawan saya” aku menolak ajakannya
“ok” dia
bangun dan keluar dari bilik aku.
Lantak kau
lah Encik Zarief.
Memang
meriah betul makan tengahari kami kali ni. Mana taknya si Syaf, Fat, Wani and
Jiha masak siakap tiga rasa, ayam golek madu dan macam-macam lagilah.
“makkk aih
banyaknya masak” kata Pani yang baru sampai.
“nak bagi
korang gemuk haha” seloroh Syaf.
“diorangkan
cuti” sampuk Abby pula. Muka redha kene kerja haha.
“ane bukan
cuti ke?” pelik sebab haritu ane cakap dia off hrini.
“oncall”
pasrah aje Anee
“makanlah
penat kitorang masak tahu” ajak Fat lalu menarik kerusi untuk duduk.
“jangan lupa
terima kasih kat kitorang” kata Jiha sambil berselfie.
“tak payah
nak kitorang sangatlah jiha, yang masak aku fat and Syaf aje kau tu sibuk
berselfie memanjang” sampuk Wani yang dari tadi mendiamkan diri.
“Wani dah
sihat ke? Seronok membebel nampak” perli Qai.
Kalau nak diikutkan, Wani sepatutnya kerja
tapi dia mc sebab demam. Katanya dia tak boleh mandi air panas berterusan. pelik betu minah seorang ni.
“Dah sihat
lah tu. Dah tahu tak boleh mandi air panas pergi mandi air panas sampai
seminggu pahal?” balas Jiha pula.
“nak buat
macam mana dah aku tak tahan sejuk” Wani membalas sambil menyedok nasi ke dalam
pinggan.
“Fat dgn
Syaf bila habis cuti?” tanya Nik
“esok
aku start kerja, Syaf pula start kerja
lusa tapi Syaf tetap kene balik dengan aku”jawab Fat.
“yela diakan
driver aku ikut jela” sambung Syaf.





Ulasan
Catat Ulasan