KITA 12

Sambungan

SAMBUNGAN

IBU
Sabtu ni balik tau..ada hal nak bincang
SYIRA
Okay

Pelik , sebab selama ni ibu tak pernah suruh ku balik. Macam ada hal penting je nak dibincangkan.

“Abby minggu ni aku balik Kajang, kau nak ikut tak?”
“Nak! Rindu dekat mak dan aabang aku” jawab Abby yang sedang menyiapkan kerjanya.

 Kami semua ni duduk setaman, jadi kalau nak balik Kajang pakai satu kereta je sebab ianya dapat menjimatkan duit daripada terbang ke dalam pondok tol dan stesen minyak. kalau yang tumpang kereta orang, pandai-pandai laa ulur duit minyak janganlah buat bodoh aje.

“sabtu ni awak ada pergi mana-mana?” sergah Encik Zarief dengan muka selambanya.
“emm ada” jawap ku ringkas.
“oh k”
Pelik, selalunya dia akan soal aku macam-macam. Lantak dia lah.

Trettttttt
[Massage from fsg]

ANEE
Jemputan ke Majlis Pertunangan
Aneesa dan Eimran......................
ABBY
Tahniah!!!!
PANI
Tahniah dude!!!!!! Btw, eimran mana ni?
SYIRA
Wow diam-diam berisi...........
Tahniah!!!!
WANI
Tahniah


Ribuan ucapan tahniah Anee raih di group whatsapp. Nampaknya memang Sabtu ni aku kene angkut 2 orang tu iaitu Pani dan Abby balik Kajang.

“weekend ni aku, Pani dgn Abby balik Kajang. Siapa nak follow?” tanya aku ketika kami semua sedang makan.

“minggu lepas dah balik” jawab Athirah dan Nurin. Kami tak boleh baik selalu sebab ekonomi belum stabil. Yelah sepanjang Damansara ke Kajang berapa banyak tol kene bayar. Duit minyak lagi.... alhamdulillah family memahami.

“kerja” Farisya dan Ain pula. Yang ni kerja memang tak pernah habis.

“Abby,Pani pukul 7 pagi dah ada dalam kereta okay. Pukul 7 sharp aku nak jalan” arah aku. Time ni lah nak ambil peluang, nak bagi arahan kat diorang huhu.
“aku takut kau je yang lambat” perli Pani.
“aippp jangan melawan cakap driver”
Pani...Pani... tulah sapa suruh taknak bawa kereta sendiri. Alasannya duit dia tinggal sikit sebab tu seminggu ni dia memang tak guna kereta dia. Pergi kerja pun tumpang kereta Athirah. Teringat pula zaman sekolah dulu, dia selalu tak bawa duit pergi sekolah sebab takut habis.
“ha! Cik Abby jangan nak melawan juga ye” saja aku kenekan mereka berdua ni. Si Abby pula , keretanya masuk bengkel. Mana taknya pergi langgar kereta orang time parking. Memang padanlah dua orang ni.

Ahhhh ngantuknya.... jam aku kerling baru pukul 5 pagi, subuh tak masuk lagi tidur dululah.
jam aku kerling ssetelah bangun dari tidur. Dah pukul 6.30 pagi.. 6.30 pagi??
Pagi ni memang subuh gajah lah aku jawabnya. Nasib baik aku driver.

“kan aku dah cakap, mesti ada orang lambatt” perli Pani sambil membantu Abby masukkan barang ke dalam boot kereta.
“bising-bising tak payah naik kereta aku” balas aku.
“korng ni bisinglah” kata Abby sebelum kami semua bergerak meninggalkan perkarangan rumah.

“wey korang kenal ke sapa Eimran tu?” tanya aku ketika dalam perjalanan ke Kajang.
“entahlah... Ane tu mana nak bagitahu kita” jawab Pani.
“kan” ringkas jawapan Abby.
“kau ni kan Abby, semenjak dua menjak ni aku tengok kau sibuk dengan telefon kau “
“mmmm aku buat kerja la” dari minggu lepas lagi aku perhati je dia, biasanya kalau kami berborak dia akan sampuk beberapa patah tapi sekarang dia hanya mendengar sahaja apa yang kami bualkan... kalau ditanya baru diaa menjawab. Pelik sungguh.

Aku mengambil keputusan untuk fikirkan apa yang ibu beritahu sebaik sahaja aku pulang ke rumah.
“dik masa kau dekat Jepun, Zarief datang merisik kau” langkah ku yang ingin menghirup kopi terhenti. Kejang otak jap.
“ibu terima ke?” itu sahaja yang aku boleh katakan buat saat ini.
“ibu atau kau yang nak kahwin?” buat lawak pula mak aku ni.
“nantilah fikir dulu”

Aku tak tahu nak terima atau tak. Kalau dulu zaman sekolah memang aku gilakan lelaki macam Zarief tapi sekarang rasa macam geli pula dan kalau tengokkan si Zarief tu memang baik. Tapi itu bukan bermakna aku terima dia. Soal kahwin ni bukan main-main, silap langkah aku yang merana. Serabutnya.......

“korang rasa macam mana?”. Langkah yang terakhir aku ambil ialah ajak Pani and Abby kelur.
“entahlah aku pun tak tahu syira sebab aku belum ada pengalaman lagi” jawab Pani.
“aku rasa istikharah is the best”. Betul juga kata Abby. Kenapalah aku tak langsung terfikir untuk buat istikharah. Ya Allah laghanya aku....
“aku takutlah kalau keputusan yang aku buat salah”
“apa sahaja keputusan yang kita buat dalam hidup ni ada betul dan ada salah, yang penting hidup mesti diteruskan” nasihat Abby.
“sokong” sahut Pani
“kalau aku gagal macam mana?”
“jangan menyesali masa lampau kerana Allah pinjamkan kita hidup yang sementara, hanya berbekalkan yakin dan percaya untuk teruskn hdup” jawab Pani.
“tapi kitorng ni sekadar dapat beri nasihat je, keputusan semua berada di tangan kau.” Kata Abby.
“kami ni boleh cakap je sebab bukan kami yang tanggung, tu yang sedap bercakap ni” sambung Pani sambil menghabiskan makanan Abby.
Serabutnya kepala otak den.
“apa kata kau tanya Anee sebab dia kan berpengalaman” cadang Abby.
“good idea” kurang sikit serabut kepala aku.
“superb lahh Abby , sambil tu kan kau boleh korek pasal tunang dia tu Syere” sambung Pani lagi.
“yela” jawab aku.
“apa tunggu lagi, whatsapp ah dia” arah Pani. Ehh minah ni....
“tak ganggu ke orang tu? Dahlah esok dia nak bertunang” tanya Abby. Prihatin.
“tak” jawaab Pani.

Tanpa membuang masa aku terus mencapai telefon bimbit ku.

SYIRA
Anee esok bz x?

“done” beritahuku kepada Pani dan Abby bahawa aku sudah menghantar pesanan kepada Anee.
“dia balas tak?” tanya Pani meluru.
“kau sabar boleh tak?” geram pula aku.
“sbarlah ni, kau nak lagi ke tak makanan kau ni? Kalau tak nak aku habiskan”
“ambil je lah” senyap sikit dia kalau bagi makanan.

Titititttttttttttttt
[ one masssage from Anee]

ANEESA
Tak kenapa?
SYIRA
Jumpa jap bole?
ANEE
Mana?
SYIRA
Ecohill. Jogging kat situ.
ANEE
All right

“dia jawab apa?” tanya Abby
“ok” jawab aku sebelum menghabiskan air dan meninggakan restoran bersama mereka berdua.


Ulasan

Catatan Popular