Patah hati III
Mungkin salahnya pada aku yang mencemarkan hubungan persahabatan ini dengan rasa kasih dan sayang. Itulah jangan terlalu seronok jika orang bilang sayng. Makanan jatuh ke lantai pun orang cakap "sayangnya". Sedihnya hati disaat ini, Tuhan sahaja yang tahu. Tidak lagi ak terima panggilan tiba-tiba dan tanya khabar tentang keadaan aku hari ini. Tidak mengapalah orang sudah tidak sudi. Hati juga sudah tiada. Hanya aku sahaja yang masih di antara mencipta kenangan dan mengenang peristiwa. Masih segar diingatan saat pertama kali segalanya bermula. Lihatlah walaupun sudah masuk bulan ke-11 tahun 2022, aku masih lagi segar mengimbau peristiwa yang berlaku hampir setahun lalu. Peristiwa dimana seorang gadis yang tidak pernah dipikat menerima satu kejutan apabila dirinya mula dipikat. Saat diri dipuji dan dipuja. Ditaburkan manisnya kata. Diiat dengan seutas janji yang mana hanya dia yang berpegang pada janji itu. Memberi sepenuh hati dan kasih buat seekor kumbang. Juga tidak segan silu mengabdikan diri yang kononnya menghulurkan bantuan. Kadang aku tertanya, sudah sebegitu rupa, takkanlah tak nampak dan perasan. Ya memang aku tidak meluah. Tetapi action speak louder than words kan?

Ulasan
Catat Ulasan