KITA 13
BAB 13
aku dah terima lamaran JKT setelah mendapat jawapan daripada
istikharah aku dan nasihat daripada keluarga dan rakan taulan..
Kalau ikutkan jadual aku harini, aku perlu pergi tempah catering, ambil
hantaran dan jumpa pemilik khemah untuk confirm everything untuk hari
pertunangan aku.
Ouh lupa nak share apa yang ane cakap dekat aku. Nantilah aku share
sebab sekarang ni ada perkara lagi penting menanti aku. Apadia? Aku pun tak
tahu apabenda perkara tu. Huh otak aku dah jadi tak betul sikit semenjak dua
menjak ni. Al maklumlah banyak perkara nak kena settle dgn kerja lagi, dengan
urusan-urusan lain lagi mana lah nak cukup 8 jam untuk aku mengulik mimpi.
Deringan loceng yang datangnya daripada telefon aku melenyapkan lamunan
aku. Menandakan yang aku perlu bersiap untuk pergi jumpa caterer.
Segera aku berlari ke bilik Abby. “Abby siap cepat,”. Ringkas saja
pesanan aku. Semalam lagi aku dah berjanji dengan Abby untuk ikut aku pergi
jumpa caterer dan selesaikan semua masalah hari ini. Memandangkan dia seorang
sahaja yang free harini, so dialah yang kene teman aku. Maklumlah hari Isnin
semua orang bekerja.
“ Okay so, what is your plan today?’.
Tanya Abby sebaik sahaja melabuhkan punggung di sebelah tempat duduk pemandu.
“ jumpa caterer and so on. Banyak
sangatlah kalau nak disenaraikan, kau ikut je lah aku”. Banyak sangat plan aku
hari ini. Ehh bukan hari ini je tapi hari-hari.
“ kau jadi tak, nak pergi ambil
hantaran harini?”. Menyoal sambil berbalas mesej.
“tak jadi… Plan dah berubah,”. Jawab
aku sambil tenang memandu.
“ha?! Alaa…. Aku dah plan elok punya
tiba-tiba tak jadi pula,”. Kecewa tak dapat nak menyinggah. ‘Dah agak dah mesti
dia tukar plan last minute’. Getus Abby bersama keluhan.
“ Ah kau ikut je lah aku nak pergi mana. Jangan banyak
bunyi,”. Entah apalah Si Abby ni plan. Makin hari makin pelik aku dengan dia
ni.
“ Ni kau jadi tak, nak pergi fitting
baju?”
“ InsyaAllah jadi sebab aku dah janji
dengan kakak tu. Kalau tidak aku ingat nak cancel je,”. Sesuka hati aku jer nak
cancel.
“ Kau jangan nak buat hal Syira.
Sesuka hati kau je nak cancel,”. Amaran diberi. Kad kuning buat Insyirah.
“Apa pula kau plan kalini?”
“Mana ada… Kesianlah kakak tu kalau
kau cancel sesuka hati,”. Balas Abby. Macam tak kena sahaja alasan dia.
“ Kau ni makin lama makin pelik aku
dengan kau”
“Yela nak juga aku cuci mata tengok
baju pengantin,”. Lagilah tak logic alasan dia. Adui minah ni makin lama makin
runsing kepala aku dibuatnya.
Alhamdulillah segala yang dirancang hari
ini berjalan dengan lancer sekali. Tapi stuck sekejap bila minah sebelah aku ni
asyik mengadu yang perut dia dah buat konsert. Perut aku pun lapar tapi sebab
nak settle awal, aku tahankan aje.
“Wey aku lapar la. Jom makan,”. Ajak Abby
buat kali ke sepuluh. Lagi lapar bila
kau tengok orang lalu lalang dengan makanan. Mana tidaknya dah kalau butik tu
depan kedai makan. Complete dengan bau makanan sekali kau dapat.
“Okay baju pon dah settle, jom lah gi
makan aku pon lapar ni,”. Baju yang aku nak, siap di booking. Sewa jela.. nak
beli mahal, habis duit aku nanti.
Maka kami berduapun dengan pantas berpindah di kedai hadapan.
Nasib ada menu nasi ayam, yela Abby ni bukan makan spaghetti, kedai ni pula
masak western food je.
Deringan telefon mematikan suapan kami. Aku dan Abby dah main
mata. Otak laju berfikir ada apa dibalik deringan telefon itu. Yang makin buat
otak kami diperah bak jus tembikai apabila nama pemanggil ialah Nik. Kejadah apa Nik nak telefon Abby? lagipon Nik memang
terkenal dengan sikap tak pernah nak on telefon.
Laju saja Abby menjawab panggilan Nik. Pada permulaannya dia
tersenyum, aku sambung makan. Pada Klimaksnya dia memaparkan reaksi terkejut,
aku berhenti makan dan pada akhirnya muka dia menggambarkan kerisauan terhadap
sesuatu, segera aku minum air sebagai penyudah makanan tengah hariku. Selamat nasi
kami dah habis, kalau tidak kempunan nanti.
“Jiha warded,”.
Beritahu Abby seraya mencapai beg
tangannya. Aku membuntutinya. Memandangkan kami berdua sedang bercuti jadi
kamilah yang akan menjaga Jihah. Macam inilah hidup anak muda yang bekerja jauh
daripada ibu bapa. Kalau bukan kawan nak harapkan siapa lagi.
“Nik, apa
jadi sebenarnya?” pertanyaan pertama yang keluar daripada kami.
“ Jiha
keracunan sebab makan nasi goreng cina yang dia bungkus semalam,”. Jawab Nik. Kebetulan
semasa Jiha mengadu sakit perut pagi tadi , Nik ada di rumah. Maklumlah Nik
baru habis shif malam.
“ Ehh Ane
pon makan juga kan? Nasi goreng spicy kan?” Tanya aku kepada Abby. Rasanya aku
ada rasa nasi goreng dia semalam. Sedap juga , not bad. Alamak!
“ Ha’ah. Yang makan dalam kecil kuali tu
kan? Okay je aku tengok Ane hantar selfie breakfast dia,”. Ane... ane semoga Ane sihat sentiasa. dah lah dia dah nak kahwin, karang marah pulak Eimran kalau Ane sakit.
Haihh macam-macamlah Fsg ni…….


Tq ciksya for the update
BalasPadamwc after 2 years >_<
Padam