KITA 5
SAMBUNGAN
Semenjak peristiwa aku dilamar
olehnya, aku sengaja menjauhkan diri
daripadanya. Lagipon semenjak kebelakangan ini aku memang sibuk balik rumah
pon dah pukul 9.00 malam.
Pagi-pagi lagi aku telah menerima dua
mesej daripada JKT melalui whatsapp.
JKT : assalamualaikum syira boleh kita jumpa?
SYIRA : waalaikumsalam saya tak pasti
lah
JKT
: awak busy ke?
SYIRA : agak busy
Aku terus beredar ke bilik mandi untuk
bersiap.
Sibuk di pejabat membuatkan ku terlupa
yang jam sudah mencecah ke angka enam pagi .
Pagi ini aku jalani seperti hari-hari
sebelumnya. Harini aku tiada tugasan di luar jadi nampaknya sepanjang hari la
aku di office harini. Bosan.
Tengah sibuk menyiapkan tugasan aku
menerima arahan daripada JKT untuk masuk kebiliknya.
Pintu bilik yang tertulis EN. ZARIEF
BIN TAN SRI FARID ku kuak dengan rasa gelisah.
“Assalamualaikum, kenapa En.Zarief
panggil saya?” tanyaku. Aku cuba untuk menyembunyikan perasaan gelisah ku
dengan riak selamba. “Waalaikumsalam, have a seat Insyirah.” Aku terus duduk di
kerusi yang disediakan disitu. “ Saya tengok awak sejak kebelakangan ni selalu
mengelak dari saya, kenapa?” soal dia dengan wajah yang serius. “saya…” belum
sempat aku hendak menjawab soalannya dia terlebih dahulu memintasku. “ Adakah
sebab saya lamar awak haritu, awak jadi macam ni?” kata katanya tadi membuat
aku rasa tercabar “ saya tak suka campurkan hal personal dengan kerja.” Tegasku
“ kalau macam tu kita lunch sama harini ,okay?” aku hanya mengangguk sebagai
tanda setuju dengan cadangan nya itu. “
kalau tak ada apa apa lagi, boleh saya keluar?” tanyaku . “okay” jawabnya. Aku
agak lega dengan jawapannya. Entahla semakin lama aku duduk dalam bilik dia aku
rasa sesak nafas.
Aku
mancapai teleponku untuk mesej rakan ku setiba aku di bilikku.
SYIRA : Aneesa, pani sorry aku tak boleh lunch dengan korang sebab
aku kene
keluar dengan bos aku. SORRY EH!!!!!!!
PANI : takpa aku dengan aneesa je lah .
ANEESA: haih Syira keluar dengan bos?
Ade ape ape ke ni?
SYIRA : merepeklah kau ni okay bye!
Tepat jam 12 am JKT telah berada di
depan pintu bilikku. Kami beriringan sehingga sampai di keretanya.
Perjalanan kami hanya ditemani dengan
bunyi lagu yang berkumandang di radio sehingga sampai di hadapan restoran yang
dituju.
Setibanya kami disitu, dia terus
berjalan menuju kea rah meja yang telah kosong aku hanya ,mengikutinya dari
belakang.
Selesai memesan menu dia pun memulakan
bicarany, “apa jawapan awak untuk lamaran saya?” soalannya cukup membuat ku
terkedu, yela aku tak sedia ape ape pun untuk soalan dia tu…….. entah la …………..
tak tahu nak cakap apa nak kata aku tolak lamaran dia, tak…… nak kata aku
terima pon, tak juga aku kan masih muda( muda tapi berumur 27 tahun) memanglah
umur aku dah sesuai untuk kahwin tapi aku tak sedia lagi……….haaaaaaa rasa macam
nak nangis. “syira” panggilnya sambil mengawang- awangkan tangan kanannya di
hadapan mukaku. “hmm maafkan saya boleh tak awak bagi masa untuk saya fikirkan
dulu?”jawab ku “saya boleh bagi berapa banyak masa yang awak nak tapi tolonglah
syira jangan jauh kan diri awak dengan saya,please I beg you dear” katanya
selepas mengeluh berat.
Selepas makan kami balik semula ke
pejabat. Sebelum aku memasuki bilikku dia sudah mengingatkan ku tentang kerja
esok. Masuk je bilik , duduk atas kerusi terus mengeluh ……..huh…… penatnya esok
ada dekat JB…………..kerja makin lama makin bertimbun…penat….
SORRY LAMBAT UPDATE:)

Ulasan
Catat Ulasan