KITA 4


Sambungan

“Awak?” perkataan itu terkeluar dari mulut ku. OMG, yang langgar aku dekat KLIA and orang yang aku tumpahkan air haritu jadi bos aku. “oh sorry I mean bos”. “saya tak sangka kita akan berjumpa di sini, btw cantik nama awak secantik orang nya” puji nya dengan senyuman. “terima kasih bos” balas ku pula. “awak tak perlulah panggil saya bos, just call me Zarief” “baiklah En. Zarief, kalau tak de apa apa lagi boleh saya balik ke tempat saya?” pintaku  dengan perasaan malu menggunung. “okay awak boleh keluar” balas nya sambil menghadiahkan ku senyuman.

First day kerja, kerja takdela bertimbun sangat tapi bila bos aka JKT aku lalu, aku saja menyibukkan diri. Jam sudah menginjak 12 tiga puluh minit. Tiba tiba, pintu bilikku dikuak oleh En. Zarief. Aku bingkas berdiri “ada apa En. Zarief?” soalku kepadanya dengan gugup. “jom lunch” ajak nya dengan muka yang serious. ‘Fuh, ingatkan nak marah ke apa rupanya nak ajak lunch,yela muka dia serious habis kot macam nak marah aku je’ monologku sendiri. Aku mengangguk sebagai tanda setuju, memandangkan aku free, so setuju jelah.

Kami keluar dengan menaiki keretanya. Audi kot first time naik Audi memang excited gile!!!!. Sampai sahaja di depan restoran yang dituju, tergamam ku buat seketika. Mewah gile beb.
Setelah memesan makanan, dia memulakan perbualan kami dengan menanyakan beberapa soalan. “awak baru habis belajar”tanya JKT. Aku hanya membalas pertanyaannya dengan anggukan. “awak duduk mana?” soal dia lagi. “saya duduk dekat Bangi dengan parent saya”balasku. “tak jauh ke ulang alik?” “harini sahaja saya berulang alik esok saya datang dari rumah sewa saya.” Kali ni aku membalas soalannya dengan senyuman. Kami menikmati hidangan makanan dengan suasana sunyi sepi.

“Syira” panggilnya. Aku tidak menjawab panggillannya tetapi lantas aku memandangnya mukanya. “dari tadi saya tengok awak diam je, kenapa?” “saya tak biasa bercakap dengan lelaki” bohongku padahal aku ade je kawan lelaki sesungguhnya aku bukanlah seorang wanita yang baik sangat sampai tak bercakap dengan lelaki. “hmm pelik, sebab haritu waktu saya langgar awak dekat KLIA bukan main marah lagi awak.” “En. Zarief boleh tak jangan ungkit cerita yang lepas. Okay saya minta maaf sebab marah En.Zarief haritu dan baju En. Zarief esok saya akan bawa.” Balasku lalu menguncikan mulut. “Syira kan saya cakap jangan panggil saya encik just call me Zarief , okay my dear?” pesannya sebelum aku keluar dari keretanya. OMG, ‘my dear’ aku rasa macam nak pengsan dia panggil aku dear???

Sedar tak sedar dah sebulan aku kerja di syarikat ni. Kerja makin hari makin bertimbun dan sepanjang aku bekerja disini kerap jugak la aku keluar makan dengan JKT aka my bos. Kadang kadang dia hantar aku balik rumah sampai mak bapa aku pun dia dah kenal, yela peramah sangat asal hantar aku balik je dia mesti salam dengan ayah aku. Sampai kan timbul gosip la jugak.

Harini aku tak keluar pejabat sibukkan diri dalam pejabat je. Tiba tiba pintuku dikuak, aku lihat JKT terpampang depan pintu bilik aku. “jom lunch” ajak nya. Aku kerling jam ditangan  menunjukkan pukul 12 tengahari. “ okay jom” aku mencapai beg tanganku dan kami beriringan turun ke lobby dan menuju ke keretanya. Biasanya kalau kami keluar memang selalu guna kereta dia pun.

Kami makan tengahari di tempat biasa. “awak saya rasa nak serius dengan awak” dia memulakan bicaranya. Aku terpanpam seketika. Kelu, terkejut dan sebagainya. “ha?saya tak faham la?”balasku. “saya nak kahwin dengan awak” katanya lagi sambil menunjukkan sebentuk cincin di dalam kotak berbentuk hati berwarna merah.  Aku terkedu buat kesekian kalinya.

sorry sikit je kali ni :)

Ulasan

Catatan Popular