KITA 3


SAMBUNGAN

Setelah seminggu berlalu, aku dikejutkan dengan berita yang sangat menggembirakan iaitu aku telah diterima bekerja sebagai seorang peguam syarikat. Disebabkan terlalu gembira aku memaklukan berita tersebut di whatsapp group ‘ #FRIENDSHIP GURLZ ’

Syira: wey korang I got a job*so excited*
Syaf: wey cepat nya syira
Jihah: dekat mana kau dapat?
Syira : dekat  Impian Jaya Holding Enterprise
Pani aka farhani : tahniah


Tidak sempat aku membalas aku mendapat dua mesej daripada jejaka kacak dan tampan.

*assalam awak dah basuh ke belum baju saya*
*kalau dah basuh , can we meet?*

Aku mengintai bajunya yang telah dibasuh serta dilipat. Lalu aku membalas mesejnya.

Syira : wassalam baju awak saya dah basuh pun,tunggu nak dihantar
           sahaja. So, bila boleh jumpa?

JKT : oh really? Mmm nantilah saya set date and time untuk kita jumpa
          By the way, what is your name?

Syira : adakah perlu untuk awak tahu nama saya?

JKT   : ofcourse lah perlu cik adik oiiii!

Syira : okay lah bye assalamualaikum!


Hari ini aku ada interview dekat syarikat Impian Jaya Holding. Gementar. Hanya perkataan itu sahaja yang bermain di benak hatiku ketika ini.

Setibanya aku di dalam lif syarikat itu, aku terus menekan butang tingkat 8 seperti yang telah dimaklumkan oleh syarikat itu di dalam email yang telah dikirimkan kepadaku.

 Setelah berhempas pulas selama satu jam di dalam bilik interview akhirnya dapat juga aku keluar dari situ. Tu belum lagi bos sebenar lagi. Macam mana lah kalau perangai bos tu.

Seminggu berlalu, akhirnya surat yang dinanti nantikan tiba juga. Aku telah diterima berkerja di syarikat tersebut sebagai peguam syarikat.

Seawal jam 5 pagi aku telah dikejutkan ibuku untuk ke pejabat. Almaklumlah pejabat aku dekat Damansara, rumah aku pulak dekat kajang tak ke jauh tu.

Perjalanan ku dimulakan dengan doa menaiki kenderaan dan sebagainya. Aku harap moga first day kerja tak teruklah.

Aku sampai di pejabat pada pukul 8 pagi. Orang pertama yang telah menyapa ku ialah Kak Umi.
 “Syira nanti pukul 10 masuk bilik bos okay, bos nak jumpa” arah kak Umi sambil tersenyum kepada ku. Aku hanya mengangguk dan membalas senyuman nya.

Orang dekat pejabat ni semua friendly. Semuanya peramah baik lelaki dan perempuan. Situasi ini menyebabkan aku tidak kekok untuk bercakap dengan mereka.

Tepat pada pukul 10 pagi aku terus bergegas ke bilik bos. Hanya sekali ketukan sahaja dia telah melaung menyuruhku masuk.

Salam menjadi pembuka bicara. “assalamualaikum, ada apa bos panggil saya” tanya ku dengan gementar. Di dalam hatiku berharap sangat bos ni baik hati. “waalaikummussalam, Nur Insyirah Binti Awaludin” jawab bos ku. Kami berdua tergamam seketika apabila bos ku mengangkat kepalanya. 



Ulasan

Catat Ulasan

Catatan Popular